Saturday, July 6, 2013

Note to self no 1: Syukur

Heat stroke (stroke haba) sedang melanda Amerika Syarikat dgn suhu mencecah 48c dibeberapa bahagian negara itu. Alhamdulillah walau sekarang ni bahang panas agak menyeksakan kita di Malaysia belum lagi dengar orang sampai mati sebab kepanasan. Suhu pon tak cecah 40c. Moga Allah s.w.t lindungi kita dan negara kita yang tercinta ini.

Monday, June 24, 2013

Menyingkap tabir Malaysia di bulan Jun 2013

Hai... Harini tiba-tiba terasa nak menulis dalam blog hinggap ku ini. Sesungguhnya aku bukanlah seorang penulis yang tegar hanya seorang pembaca blog yang agak aktif...hehe. Mengikut perkiraan kalendar Gregory, sekarang ni sudah melewati setengah tahun 2013 dan maknanya begitu banyak acara dan peristiwa yang telah berlaku tidak aku kemaskinikan didalam blog hinggapku ini. Dua peristiwa besar yang ku rasakan agak penting setakat harini ialah pilihanraya umum PRU 13 yang penuh kontroversi dan jerebu yang penuh dugaan. Kedua-dua peristiwa ni sesungguhnya mendatangkan kesan mendalam dalam diri ku ini. Pilihanraya tahun ini telah membuktikan begitu sukarnya Barisan Nasional ditumbangkan dan mereka akhirnya terus menerajui kepimpinan negara Malaysia yang tercinta ini walaupun mereka menang dengan rekod terburuk dalam sejarah. Selain hanya mampu mengekalkan majoriti mudah 2/3 buat kali yang kedua. Apapon kemenangan yang teruk bagi BN dan kekalahan yang agak progresif bagi Pakatan Rakyat berpunca daripada kekeliruan dan begitu banyak polemik serta rhetorik daripada kedua-dua belah pihak. Tapi nak kata apa lagi keputusan telah dikeluarkan dengan izin Allah swt dan hanya Allah swt yang mengetahui apa yang benar apa yang palsu. Cumanya jangan kerana dosa kita orang lain yang menerima tempiasnya. Sebab Allah tak menurunkan sesuatu azab dan bencana hanya kepada si pembuat dosa tetapi kepada seluruhnya. Bercerita tentang azab jerebu tahun ini juga merupakan antara jerebu yang paling buruk dalam sejarah jerebu negara sehingga menyebabkan dua daerah Muar dan Ledang di Johor telah diisytiharkan darurat. Malah ketika blog ini ditulis bau asap umpama kayu terbakar masih menusuk hidung. Moga Allah sentiasa memberi rahmat dan inayah kepada kita semua mengharungi dugaan ini. InsyaAllah Amin.

Wednesday, January 30, 2013

Nasyid Pendamai Hati

1) Senandung Al Fatihah
2) Doa Perpisahan
3) Buta Mata
4) Pandangan Mata
5) Sumaiyah
6) Junjungan Mulia
7) Teman Sejati
8) Rabiatul Adawiyah
9) Antara Dua Cinta
10) Lafaz yang tersimpan

SOUNDS OF 'JUST'

Powered by eSnips.com