Wednesday, May 6, 2009

Tenang Dalam Kesayuan

Hari yang agak tenang sebab dah semakin menghampiri penghujungnya.Bukan penghujung sebuah kehidupan tapi sebuah pengajian di universiti.Aku berserah pada yang Esa setelah menamatkan kertas terakhir hari ini.Kalau lulus maka tak lama lagi aku bergraduasi dan kemudiannya dapatlah mengikuti latihan dalam kamar atau kata 'orang putih'(kebanyakan orang melayu sendiri) chambering la. Huh...berdebar menanti saat itu.

Tapi ketenangan tadi turut disusuli dengan kisah tragis seorang rakan kakak aku yang kematian isteri tercinta.Amat sayu aku mendengar kisahnya.Allahyarham adalah seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah di Selangor.Hasil perkongsian hidup dua insan ini mereka dikurniakan empat anak gadis berusia 9 hingga 17 tahun.Tiga minggu lalu Allahyarham pengsan semasa mengajar didalam kelas.Semasa di hospital doktor yang merawat Allahyarham mengatakan Allahyarham mengalami pendarahan di kepala.Ironinya pendarahan itu bukan disebabkan terjatuh tetapi sebab terdapat ketumbuhan luar biasa pada otak Allahyarham.Doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan secepat mungkin.Namun selepas pembedahan Allahyarham terus koma dan keaadan Allahyarham semakin tenat.Doktor membuat keputusan untuk membuat pembedahan kali kedua(aku sendiri pon tak tahu kenapa) dan selepas pembedahan itu yang dilakukan pada 4 Mei keadaan Allahyarham kini semakin kritikal.Esoknya Allahyarham disahkan mati otak dan hidupnya hanya bergantung pada mesin hayat yang diberi. Kelmarin suaminya dengan linangan air mata menandatangani surat melepaskan bantuan mesin hayat keatas Allahyarham dan hari ini 6 Mei setelah 3 minggu bergelut dengan kematian akhirnya Allahyarham disahkan meninggal dunia(Dalam istilah Inggeris keadaan ini dipanggil Euthanasia).Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham.Apa yang menghibakan ialah anak-anak Allahyarham masih terkejut dengan kematian ibu mereka.Bertanya siapakah yang akan menyiapkan makanan mereka dan mengurus diri mereka terutamanya si bongsu yang menangis dan memanggil-manggil ibunya. Manakan tidak ibu mereka yang kelihatan sihat dan ceria beberapa minggu lepas kini sudah tiada lagi.Semoga Allah tabahkan hati adik-adik ini.Dan untuk pengetahuan semua Allahyarham telah 3 kali dianugerahi Guru Cemerlang dan diiktiraf sebagai Guru Jurulatih pendidikan khas bagi negeri Selangor.Tambah mengharukan Allahyarham pergi disaat anak-anak orang lain bergembira meraikan Hari Ibu bersama ibu masing-masing dan pelajar-pelajar seluruh negara bakal meraikan Hari Guru 16 Mei nanti.Tentu sekali Allah amat menyayangi hambanya yang seorang ini hingga menjemputnya disaat anak-anak dan pelajar-pelajarnya akan selalu mengingati dan mendoakan Allahyarham.

Bagi aku peristiwa hari ini akan sentiasa menginsafkan aku untuk menghargai setiap detik yang aku lalui bersama ibu.Ya,dia masih ada tapi sudah cukupkah aku membahagiakan ibu?Untuk membalas jasa dan pengorbanannya sudah sama sekali tidak akan cukup walau sebesar bumi emas yang aku beri padanya.Ya Allah dengan sepenuh jiwa ragaku kau peliharalah, kasihilah dan lindungilah ibuku sepertimana dia mengasihi,memelihara dan melindungi aku sedari kecil.Amin.

No comments:

SOUNDS OF 'JUST'

Powered by eSnips.com