Friday, May 8, 2009

Mom,Mama,Mak,Ibu,Umi...SELAMAT HARI IBU!

Untuk mengingatkan kepada kita semua, betapa , walau setinggi mana kedudukan kita, sekaya manapun kita, sesenang manapun kita atau sesusah manapun kita, IBU merupakan insan yang tidak boleh kita abaikan dan lupakan malah jasanya dalam membesarkan kita, tidak mungkin akan dapat dibalas sepenuhnya hatta dengan wang jutaan ringgit sekalipun.

Sempena Hari Ibu, marilah sama-sama kita mendoakan kesihatan,kesejahteraan ibu kita dan kenangilah dan balaslah jasanya yang sebelum ini dalam keperitan, kejerihan dan kesusahan suatu masa dahulu semata-mata untuk menjaga dan membesarkan kita sebagai permatanya. Dan sesungguhnya, kita tidak perlu menunggu hanya ketika Hari Ibu untuk mengucapkan sayang dan terimakasih pada ibu kita kerana kita tidak mengetahui sehingga bilakah ibu akan berada di dunia ini.

Betapa bertuahnya jika kita masih mempunyai ibu berbanding mereka yang yatim piatu dan tiada kasih sayang atau tidak pernah merasai nya dari seorang yang bergelar IBU. Sayangi mak anda semasa dia masih ada.Mak adalah insan yang paling mulia.Dia begitu sabar dengan kerenah kita dan tetap menyayangi kita selamanya.Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa kamu tidak mungkin dapat membalas jasa ibumu walau sehela nafaspun jika dibandingkan sepertimana ketika nafas ibumu menahan kesakitan disaat dia melahirkanmu.Selamat Menyambut Hari Ibu.

No comments:

SOUNDS OF 'JUST'

Powered by eSnips.com